Sunday 21 June 2015

Aktor Fast & Furious Tyrese Gibson Pilih Islam Dan Ini Sebabnya



Gambar hiasan


Aktor Fast & Furious Tyrese Gibson Pilih Islam

Sejak kebelakangan ini, ramai artis Hollywood memilih untuk memeluk Islam dan terbaharu, aktor Fast & Furious, Tyrese Gibson juga melakukan perkara sama. Hal itu didedahkan menerusi Instagram Gibson, baru-baru ini. 


ni antara komen salah seorang pengguna laman sosial :

"Dia dari dulu mencari , dan memahami semua jenis agama... alhamdulillah, terbukanya hati beliau untuk memilih agama Islam sbb kefahaman otak manusia akan logic dan rohaniahnya akan berasa dahaganya agama dan agama Islam lh sememangnya akan membuka hati dan jawapan beliau selama ni mencari kebenaran."


Jika benarlah berita ini maka Alhamdulillah kita mendapat saudara baru. Semoga beliau menggunakan pengaruh beliau untuk mengajak lebih ramai orang memeluk islam.

Secara peribadi admin kurang percaya dengan berita ini. Ini mungkin salah satu dari hoax yang selalu tersebar di laman sosial. Jika korang ada bahan bukti yang lebih kukuh mengenai keislaman beliau, ringan-ringankanlah tangan untuk berkongsi dengan admin ya. Hehe..

Jadi, korang percaya tak? Apa komen?

Sumber: kiambangmerah




Ops Barang Tiruan Petaling Street KPDNKK, Hanya 2 Peniaga Sahaja Jual Barang Tiruan



undefined

 Percaya ke tak Percaya....
Tahniah kepada KPDNKK kerana telah berjaya menjalankan operasi Barang Tiruan di Petaling Street.
Dalam serbuan tersebut KPDNKK mendapati dua orang peniaga sahaja telah menjual pelbagai barang tiruan.
Alhamdulillah mungkin peniaga-peniaga di sana sudah mulai sedar bahawa adalah menjadi satu kesalahan jika menjual barang-barang berjenama tiruan.
Kalau begitu banyaklah butik jenama original yang terdapat di Petaling Street dan mungkin selama ini kita beli barang original cuma dijual murah.
Apa pun ramai yang mempersoalkan dan tak percaya cuma ada 2 peniaga yang jual barang palsu. Anda bagaimana percaya?

Sumber : FB University of Life


Wednesday 17 June 2015

Siapakah Dajjal ?








Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “Minal Munzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah Al Munawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.
Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. MenurutImam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa keciltidak diketahui dgn jelas.
Sifat Badannya:
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullahsaw, diantaranya:
Seorang yg kelihatannya masih muda; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua:Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tandayg terakhir ini belum ada pada dirinya.
Tempat Tinggalnya Sekarang:
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.
Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satuminggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (yaitu 37 hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa. Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”
Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kitalakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hariitu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyangZohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.
Fitnah Dajjal:
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:
Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya.
Benda-benda beku akan mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgnkemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasadan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilandakebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begituj uga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.
Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org yg tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?”Nabi menjawab:”Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” H.R Ibnu Majah
Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Nerakadan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu. Kalauhari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagidaripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuhdalam satu jam”… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini? Nabi menjawab:”Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atauawan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” H.R Muslim
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam yaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.

Kredit to:  Cahaya Hidayah Ilahi


Saturday 13 June 2015

Kenaikan Tol Mahal, Jangan Guna Leburaya Kata Menteri




Inilah Menteri yang dipilih dan dilantik oleh Najib.. langsung tidak sensitif dengan keperluan rakyat..
Apa yang difikirkan olehnya hanyalah keuntungan kroni-kroni mereka, rakyat menderita itu bukaan masaalah mereka..

Jika suatu masa dulu Menteri Ayam telah berkata, Jangan makan ayam sebab harga ayam mahal.. Menteri ini pula kenyataannya hampir sama dengan kenyataan Menteri Ayam itu..
Katanya kalau tak puas hati dengan kenaikan tol, guna jalan biasa…

Kenaikan tol: Pengguna boleh guna jalan biasa, kata menteri

Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya mengganggap kenaikan tol terlalu tinggi.

Kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, kenaikan tol lebuh raya bakal berlaku raya munasabah.

“Kami sediakan jalan alternatif kepada mereka sedia bayar dengan raya premium.

“Bagi mereka yang fikirkannya ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut,” kata Abdul Wahid di Putrajaya.

Dalam pada itu, Abdul Wahid juga menegaskan pihak konsesi perlu menjalankan kajian daya saing untuk memastikan sama ada pengguna dapat menerima kadar kenaikan tol baru yang dicadangkan sebelum ia dilaksanakan.

“Projek ini dicadangkan dan dilaksanakan oleh sektor swasta dan kerajaan kerajaan akan tentukannya berdasarkan keperluan memandangkan kita perlu pertimbangkan memperbaiki infrastruktur pada kos lebih rendah,” terang beliau lagi.

Beliau bagaimanapun mengakui dalam kes dengan pengendali terbesar lebuh raya negara, PLUS, kerajaan mempunyai perjanjian dengan mereka untuk mengekalkan kadar tol hingga tahun 2015.

“Sebagai contoh dengan PLUS, terdapat peluang untuk memanjangkan tempoh konsesi dan mengekalkan kadar tol sehingga tahun 2015 dan kami telah lakukannya,” kata Abdul Wahid.

Abdul Wahid berkata kenaikan tol yang dijangka berlaku tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.

Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun hadapan dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya.

Sebuah akhbar pula melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan sejauh mana.

Terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol itu.

Sumber: 



Wednesday 10 June 2015

Bunuh anak takut kebulur

Lahore: Seorang bapa menjerut hingga mati tiga anak perempuannya kerana ‘tidak mahu membazirkan wang untuk pendidikan mereka.’

Irshad Ahmed membunuh ketiga-tiga anaknya, kembar Chashman dan Aman yang berusia tujuh tahun serta adik mereka, Fiza, 5, Ahad lalu. selepas menyuruh isterinya Shabana Naz menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka bersama satu-satunya anak lelaki mereka.

Shabana bagaimanapun, membawa anak perempuan bongsu mereka yang berusia dua tahun.

Apabila pulang ke rumahnya di bandar Chak Jumra, 135 kilometer ke barat daya Lahore, dia menemui mayat ketiga-tiga anak perempuannya terlantar di atas katil.

Ketika disoal siasat polis, wanita itu berkata suaminya sering merungut dengan berkata, anak perempuan mereka akan menyebabkan keluarganya mati kebulur.